Sunday, December 30, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN KEPADA PARA PEMUDA DAN PEMUDI


Pesanan 

Syeikh Ahmad Yassin kepada

para Pemuda dan Pemud
i


putera gahara gagah perkasa
WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.

TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

AKU menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari
dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

AKU ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

KEPADA semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Friday, December 21, 2012

RENUNGKANLAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

memandangkan hari ni adalah hari jumaat .. sebaik-baik hari lagi, maka elok ler kite sume memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

walaupun hari jumaat ni dah nak abes, err maksud waa nak masuk hari sabtu la der.. bukannya citer 2012 punyer ni.. dak dak.. waa tak penah caye ngan ramalan orang2 Barat yang mengatakan hari ni akan terjadinya qiamat.. 

Nabi pun tak tau qiamat tu jadi bila, kita pulak duk memandai nak pilih tarikhnya.. haha.. even kalau lah Allah bagitaw kat manusia sekalipun tarikh betul2 terjadinya qiamat, xsemestinya manusia akan beriman kepadaNya atau meninggalkan segala laranganNya.. wallahua'lam.. ( prepare la amalan nak bawak mati nanti.. )

So berbalik kepada cerita tadi, walaupun hari jumaat kian melabuhkan tirainya, tak bermaksud kita juga tak perlu berselawat da.. Nabi kata hari jumaat adalah hari yg terbaik utk berselawat, bukannya hari jumaat sahaja yg dibenarkan untuk berselawat.. 

Lupakah anda bahawa manusia yang paling banyak selawatnya maka dia adalah yang paling dekat dengan Nabi.. 

Allah Allah.. kita ni dah la tak pernah jumpa Nabi.. apa lagi yang boleh kita buat bila rasa rindu kat Nabi ? 
semoga kita ni sama-sama la mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak dan dimasukkan ke syurga bersamanya.. 

Allahumma solli a'la Muhammad..


Rasulullah dalam mengenangmu 
Kami susuli lembaran sirahmu 
Pahit getir pengorbananmu 
Membawa cahaya kebenaran 

Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yang tercinta 
Biar terpaksa tempuh derita 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya 

Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu 
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau rasul mulia 
Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Quran 

Rasulullah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami cuba mengingatimu 
Dan kami cuba mengamal sunnahmu 

Kami sambung perjuanganmu 
Walau kita tak pernah bersua 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan rasul sebagai pembela

Thursday, December 20, 2012

DOA UNTUK SYRIA


~ marilah sama2 mendoakan saudara kita di SYRIA
yang sedang menghadapi pergolakan di sana ~



اللَّهُمَّ انْصُرْ إخوانَنَا الْمُسْتَضْعَفِين في سُورِيَا . اللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوانَنَا الْمُجاهِدِين في سُورِيَا . اللَّهُمَّ انْصُرْهُم نَصْراً مؤَزَّرًا . اللَّهُمَّ وَحِّدْ كَلِمَتَهُم وسَدِّدْ رَمْيَهُم وَأَنْزِلْ فِي قُلُوْبِهِمُ السَّكِينَةَ . اللَّهُمَّ كُنْ لَهُمْ وَلِيًّا ونَصِيرًا ، اللَّهُمَّ إنَّهُم مَظْلُومُون فَانْتَصِرْ لَهُمْ ، إِنَّهُمْ فُقَرَاءُ فَأَغْنِهِمْ . اللَّهُمَّ ارْحَمْ مَوْتَاهُمْ وَاشْفِ جُرْحَاهُمْ ، وَتَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ ، اللَّهُمَّ أَيِّدْهُمْ بِتَأْيِيْدِكَ وَاحْفَظْهُمْ بِحِفْظِكَ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزُ

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا سَرِيعَ الْحِسَابِ ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ ، اهْزِمْ الْيَهُودَ الْمُعْتَدِينْ وَالصَّهَايِنَةَ الإسْرَائِلِيِّينَ الغَاصِبِيْنَ ، وَزَلْزِلْهُمْ وعَذِّبْهُمْ عَذَاباً شَدِيْداً . اللَّهُمَّ إنَّهُمْ قَدْ بَغَوْا وَسَعَوْا فِي الأرْضِ فَسَادًا . اللَّهُمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَأنْزِلْ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ . وَاجْعَلْ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُم شَدِيْدًا ، وَيَامُنْتَقِمُ مِنَ الْمُجْرِمِينَ ، اِنْتَقِمْ مِنْهُمْ وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينْ


maksud doa :
Ya Allah, bantulah saudara2 kami yg lemah di Syria..
Ya Allah, bantulah saudara2 mujahidin kami di Syria..
Ya Allah, bantulah mereka dgn bantuan yg berganda2..
Ya Allah, satukanlah kata2 mereka,
tepatkanlah lontaran mereka,
berikanlah ketenangan dlm hati2 mereka..
Ya Allah, Kau jadilah wali dan pembantu mereka..
Ya Allah, sesungguhnya mereka dizalimi maka bantulah mereka,
sesungguhnya mereka itu miskin maka kayakanlah mereka..
Ya Allah, Kau rahmatilah orang2 yg mati di kalangan mereka,
sembuhkanlah luka2 mereka,
dan terimalah orang yg mati syahid di kalangan mereka..
Ya Allah, Kau sokonglah mereka dgn sokongan-Mu,
peliharalah mereka dgn peliharaan-Mu,
wahai Tuhan yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa..

Ya Allah, Engkaulah yg menurunkan kitab (al-Quran),
Engkaulah yg menggerakkan awan,
Engkaulah yg cepat mmbuat perhitungan,
Engkaulah yg menghancurkan tentera al-Ahzab (tentera kafir bersekutu dlm perang Khandaq),
maka Kau hancurkanlah orang2 yahudi yg menceroboh
dan orang2 israel zionis yg merogol,
Kau goncangkanlah (hati2) mereka,
dan Kau turunkanlah azab kepada mereka dgn azab yg sangat pedih..
Ya Allah, sesungguhnya mereka itu pendengki
dan membuat kerosakan di muka bumi..
Ya Allah, Kau pecah-belahkanlah kumpulan mereka,
Kau hilangkanlah kesatuan mereka,
dan Kau campakkanlah perasaan gementar/ragu2 di hati mereka..
Ya Allah, Kau jadikanlah kekuatan mereka (umat Islam) sesama mereka teguh..
Wahai Allah yg memberi balasan kepada orang2 yg berdosa/penjenayah,
Kau balaslah perbuatan mereka (orang2 kafir)
dan turunkanlah kekuatan Engkau (melalui bala tentera Engkau) kepada mereka (orang2 kafir)
yg mana kekuatan Kau itu semestinya tidak boleh dilawan oleh orang2 yg berdosa itu..

Wednesday, December 19, 2012

CIRI-CIRI RASULULLAH


Diriwayatkan dari Rabi'ah bin Abd Al Rahman : aku pernah mendengar Anas bin Malik mendeskripsikan Nabi Saw dengan berkata ; "tingginya sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; kulitnya kemerahan, tidak putih benar dan tidak coklat benar; rambutnya tidak ikal dan tidak pula lurus. Wahyu Illahi (pertama kali) diturunkan ketika usianya mencapai empat puluh tahun. Ia tinggal di Makkah sepuluh tahun setelah menerima wahyu, dan di Madinah lebih kurang selama sepuluh tahun juga. pada saat wafatnya, uban pada janggut dan rambut kepalanya yang mulia tidak lebih dari dua puluh helai."

wallahu'alam

semoga bersemi cinta kita pada Rasulullah

Monday, December 3, 2012

3 PESANAN IBLIS


Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata:"Engkau yang dipilih oleh Allah rasulNya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima." Nabi Musa a.s merasa gembira lalu ia berwuduk dan sembahyang kemudian ia berdoa: "Ya Tuhan, Iblis adalah makhlukMu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya." Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa:"Ya Musa, dia tidak akan bertaubat."Jawab Musa:" Ya Tuhan, dia mahu bertaubat." Maka turun wahyu kepada Musa, :"Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya."


Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: "Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?" Lalu iblis berkata: "Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:


  1. Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.
  3. Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.