Sunday, September 1, 2013

SAHABAT SAYA NYAWA SAYA


Siapa sebenarnya sahabat?

Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) 
“Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. 
(Tarmizi)

Sahabat aku, Syahir Rosmi di kursus kepimpinan JPP , disamping jazli dan baith yg duk menyelit haha (2011)

Tak dinafikan semua orang mahukan yang terbaik. 
Sahabat yang memahami. 
Sahabat yang sekepala.
Sahabat yang sentiasa meminjamkan bahu ketika senang mahupun susah.

Fitrah dalam persahabatan. Ada yang memberi, ada yang menerima Kadang-kadang kita merungut mengatakan bahawa kita tidak punya sahabat. Doa punyalah doa, takde sorang pun yang turun dari langit.

Ini kerana kita lupa. Mungkin dalam ramai-ramai kita ditakdirkan untuk menjadi si pemberi itu tadi. Lupakah anda bahawa hidup kita ada rule 'give & take' ? Tak rasa bertuah ke dapat anugerah tu?.. 

Pemberi dan Penerima 


Taman Negara Pahang bersama Hasbullah dan keluarga ( 2011)

Mungkin juga kita tidak diberikan sahabat sebab Allah tahu kita belum bersedia untuk menjadi sahabat yang baik. Mungkin juga apabila kita bersahabat dengannya nanti, kita akan menzaliminya atau tidak menunaikan haknya sebagai seorang sahabat. 


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
 (Hadis riwayat al-Hakim)
Perjalanan untuk menjadi sahabat yang baik samada si pemberi atau si penerima sangatlah berliku-liku. Ianya tak semudah yang disangka. Semakin dekat perjuangan untuk mencapai kemanisan berukhuwah itu, semakin hebat dan kencang ujian yang melanda.

Tidak lain tidak bukan apa yang kita perlukan adalah bekalan sepanjang persahabatan kita nanti. Bekalan yang dapat dikongsi hingga ke syurga.
Sebagaimana kita selalu mengharapkan orang berlapang dada dan bersangka baik dengan kita. Tetapi kita tidak pernah pun mahu berlapang dada dan bersangka baik dgn org lain! Bagaimana tu..??

Sebab itulah persiapan untuk menjadi sahabat mestilah hebat. Sebagaimana kita mahu sahabat kita melayan kita dengan cara yang terbaik, seperti itu juga lah sepatutnya kita melayan dia.

Bersama sahabat yg dah kawen, Alep di Melor, Kelantan ( 2013)

Sahabat saya, buah hati saya

Terus-terang saya katakan saya sangat sayang pada sahabat-sahabat saya. Sebab merekalah yang mendekatkan diri saya pada Allah. Merekalah yang mengajar erti kehidupan yang sebenar. Merekalah yang menjadi tunjang jatuh bangunnya saya dalam dunia dakwah ni.


"Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik."(Hukamak)  


Bagi saya kemanisan berukhuwah tidak semestinya perlu menempel 24 jam bersama, ianya lebih kepada kebahagian si sahabat walaupun mereka berjauhan. Kegembiraan si sahabat adalah kegembiraannya jua, dan kesedihan si sahabat adalah kesedihannya jua.

Tegurlah saya jika saya ada terbuat khilaf, kerana saya juga adalah manusia. Bila sebut manusia, semestinya sentiasa perlu ditegur kerana manusia ni pelupa. Jadi, jangan malu jangan segan, perbetulkan saya jika saya tersilap langkah sebab saya ni pelupa!

makan malam JPP dan rakan JPP, dalam bawah exco agama dan moral, bersama syukry (2013)

Penutup

"Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan."
(Dale Carnagie)
Belajarlah untuk menjadi pemberi dan belajarlah untuk menjadi penerima. Makin banyak yang diberi, makin banyak yang akan kita dapat dari Allah. Makin banyak yang diterima, makin banyak pula bekalan untuk diberikan  kepada sahabat yang lain. Begitulah yang seterusnya.

Kepada sahabat kesayangan saya yang mungkin membaca entry ni, walaupun sudah lama tidak berkongsi cerita, walaupun sudah lama tidak berkongsi madu dan hempedu, hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya pada anda. Ketahuilah saya sangat sayang pada anda. Jika ada rezeki masuk syurga, InsyaAllah kita jumpa di sana. Uhibukka fillah abadan abada.

"Genggam bara api biar sampai jadi arang,
genggamlah ukhuwah biar sampai syurga " 
Sememangnya bila berbicara tentang sahabat, ia tidak akan menemui titik penamatnya. Jadi cukuplah untuk saya menoktahkan kata sampai di sini saja.

Salam Alaik.. 

otw ke Terengganu bersama rumet, Hazman dan Abdillah ( 2013 )


..Erti hidup pada memberi..
Seringkali membuat kita rasa berbelah bahagi,
Adakalanya hati menjadi tawar dek pemberian tidak berbalas,
Adakalanya hati berbunga ceria dek pemberian dihargai,
Walau apapun, jangan pernah serik untuk terus memberi,
Ianya memang pahit pada permulaan,
Tapi percayalah terdapat kemanisan yang sedia menanti,
Jika HATI itu IKHLAS MEMBERI..

bersama zahid di rumah Hazman ( 2013)

Aku dan jijie di Kelantan ( 2013 )

kursus kepimpinan Islam dan Naim ( 2013 )

Hari Terbuka Kolej Kediaman.. dari kanan, iaitu aku ialah JPP exco kolej kediaman, Syahir Bendahari JPP, Naqiuddin NYDP JPP ( 2011 )

ceramah Imam Muda Hizbur ( 2013 )

aku, alep dan saiful

2 comments:

Shaf Shafeqah said...

ayat kamu best and touched. mohon ciplak. heee

Anonymous said...

-寫寫鴿國訁