Monday, October 28, 2013

MUSAFIR GAYA NABI

Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
  • Beliau suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan.
  • Banyakkan zikir & istighfar & nyanyian ingati Allah semasa dalam perjalanan
  • Menyebut "Allahu Akbar" jika kenderaan MENAIKI perbukitan
  • Banyak bertasbih sewaktu kenderaan MENURUNI perbukitan
  • Membeli hadiah/buah tangan utk mereka yg di destinasi (keluarga)
  • Sujud syukur sewaktu tiba di destinasi 


Rasulullah juga ada menyebut (dlm satu hadis panjang), makna nya "Orang yang akan sampai ajalnya, akan sangat teringin untuk ke tempat di mana dia akan menemui ajalnya itu" . Maka, peringatan Rasulullah itu, ambillah iktibar sebaiknya ye.





Aku pernah jugak ikut sahabat aku bermusafir ke suatu tmpat yg sangat jauh di Malaysia ni.. sepanjang perjalanan tu, tiap2 kali naik kereta mesti pasang cd qasidah yang sama berulang-ulang.. lagu ada dalam 5-6 je, tapi tak rasa boring pun bila dengar benda yang sama tu.. kira ada berkat jugak la tu..  nak ceritanya kat sini, time dalam perjalanan yg panjang tu kalau boleh pasang la zikir2 ke, selawat2 ke.. nak tunggu hari biasa mungkin payah la sikit, terisi la jugak masa tu dengan benda yang berpekdah dan mendatangkan pahala.. baik la daripada pasang lagu yang ntah pape.. 



Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni


  • Rasulullah suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat. 
    “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Riwayat Bukhari)

  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih.  “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Riwayat Bukhari)

  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak. Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

  •  Mula pergerakan waktu malam.  “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)

Monday, October 21, 2013

AKHLAK RASULULLAH

  1. Dalam membuat sesuatu keputusan, Rasulullah biasanya mengambil jalan yang paling mudah sekali. Baginda tidak suka memilih sesuatu yang susah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “Adapun Rasulullah s.a.w. apabila diberi pilihan antara dua perkara, baginda memilih yang lebih mudah selagi tidak melakukan dosa.” (Riwayat Bukhari) 

  2. Suka yang disebelah kanan. Aisyah r.a. menceritakan yang maksudnya :“Rasulullah suka mempergunakan tangan sebelah kanan dan memperdahulukan yang sebelah kanan seboleh mungkin dalam urusan menyikat rambut,meminyakinya, begitu juga ketika memakai sepatu dan membersihkan badan.” 

  3. Tidak mencela makanan dan minuman dan tidak memujinya berlebihan. 

  4. Tidak menaruh benci keduniaan.

  5. Sentiasa berlemah lembut dan berlapang dada. 

  6. Melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. 

  7. Tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia. 

  8. Memakai pakaian yang biasa dan sukakan wangi-wangian bahkan jasadnya mengeluarkan wangian semulajadi. 

  9. Memakan makanan yang biasa dimakan oleh orang kebanyakan. Makanan yang digemarinya ialah susu dan madu. Tidak gelojoh dan minum dengan tiga kali teguk. 

  10. Tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh nafsu makan. 

  11. Rasulullah tidur dengan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipinya didalam keadaan berbaring sambil berkata Tuhanku, lindungilah aku dari azabmu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu. 

  12. Rasulullah seorang suami mithali, juga ayah dan datuk mithali. Menyayangi anaknya dan tidak pernah memarahi khadamnya. 

  13. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.

  14. Beliau berjalan dengan cergas dan bukan lemah gemalai.

Thursday, October 17, 2013

PERISTIWA KETIKA MENGURUS JENAZAH RASULULLAH


Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi:” "Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!” Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya:
“Siapakah engkau? Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.? Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya:
“Hai Ali! Mandikanlah Baginda ! Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad sallallahu a'laihi wasallam dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan ke dalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”
Ujar Ali pula: ”Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan,bahawa suara itu berasal dari iblis.Sekarang saiapakah pula sebenarnya engkau sendiri?”
“Aku adalah Khidir.aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad sallallahu a'laihi wasallam .”Jawab suara itu.
Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka kapani dan kuburkan baginda di bilik rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.
Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit dikalangan seluruh ummat,lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat.Kata -kta yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beaginda amatlah mengharukan.
Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat,Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:
“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selam-lamanya!”
Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullah sallallahu a'laihi wasallam yang utama dan penyair Islam yang agung dizaman Rasulullah,telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali.Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:
“duhai ,engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku,hanya risau haru dengan pemergianmu…..”
Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.
Pernah suatu hari,Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi sallallahu a'laihi wasallam Katanya:
“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya,orang melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala,tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus,bahkan ia sering tidak sedarkan diri.kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:
“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu? Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini. Kalian tidak akan pernah lagi naik ke atas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”
Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu ,semakin layu dan mengering………