Showing posts with label kebenaran. Show all posts
Showing posts with label kebenaran. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN KEPADA PARA PEMUDA DAN PEMUDI


Pesanan 

Syeikh Ahmad Yassin kepada

para Pemuda dan Pemud
i


putera gahara gagah perkasa
WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.

TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

AKU menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari
dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

AKU ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

KEPADA semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Monday, December 3, 2012

3 PESANAN IBLIS


Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata:"Engkau yang dipilih oleh Allah rasulNya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima." Nabi Musa a.s merasa gembira lalu ia berwuduk dan sembahyang kemudian ia berdoa: "Ya Tuhan, Iblis adalah makhlukMu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya." Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa:"Ya Musa, dia tidak akan bertaubat."Jawab Musa:" Ya Tuhan, dia mahu bertaubat." Maka turun wahyu kepada Musa, :"Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya."


Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: "Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?" Lalu iblis berkata: "Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:


  1. Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.
  3. Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Thursday, September 6, 2012

ANTARA PESANAN RASULULLAH

PESANAN RASULULLAH UNTUK KAUM LELAKI :



1) rajin2kan diri tu bangun solat di malam hari. Dua rakaat je pun dakpe. Kalau nak tahu orang yang bangun sujud pada Allah ni selalu dekat ngan DIA.

2) Hok sapo2 yang Allah bagi ni'mat pahtu dia bersyukur, bila Allah bagi dugaan dia bersabor, dan bila dia wat dosa dia mitak ampun, maka bole la dia masuk ke syurga ikut pintu mana pun yang yo suko.

3) amalkanlah baco zikir dan baco al-Quran bila lepah solat subuh tu.. jangan duk sambung tidur plop.. menjadikan muka makin tak muda mu taw dop. Ganjaran dia besar ngat bagi sesape yang wat ni. insyaAllah.

4) biasakan diri mu sebut nama ALLAH sebelum terbit fajar dan terbit matahari lagi.

5) biasokan diri berdoa antara azan ngan iqamat. Allah janji doh kan yang doa tu takkan dibiarke.

6) hok mano yang amal surah al-Mulk ngan surah al-Sajdah tiap2 kali sebelum tido waktu malam, Allah akan mengutuskan saem untuknya di dale kubur dan meringankan di alam barzakh.

7) tebarkan salam sesamo muslim. Ia nak tunjukkan ketinggian akhlak kito, kemuliaan dan dapak merapatkan hubunge silaturrahim sesamo Islam.

Pesanan-pesanan yang disampaikan ini ringkas dan mudah dilakukan  asal ada kemahuan dan mahu meningkatkan keimanan kita. Tapi berapa ramai yang bersedia mengikut pesanan Rasulullah itu ??