Kisah kesaksian seekor biawak padang pasir terhadap Baginda ﷺ.
Kisah ini ada tercatat Di dalam kitab Dalail an Nubuwwah karangan al Imam Baihaqi.
Ianya Diriwayatkan oleh sayidina ‘Abdullah ibn Umar radhiyallahu'anhu daripada ayahnya, Sayyidina Umar al-Khattab.
“Suatu hari, Rasulullah ﷺ sedang berjalan bersama para sahabatnya, kemudian datang seorang Arab badwi daripada Bani Sulaim yang bersamanya seekor biawak padang pasir diletakkan di lengan bajunya yang telah diburunya dan bercadang untuk dibakar dan dimakan.
*orang arab kain lengannya besar.
Sambungnya, Apabila si Badwi tadi terlihat terdapatnya satu jamaah, dia pun bertanya, “Siapakah ini?”.
Orang disekitarnya pun menjawab, “Itulah dia Nabi Muhammad ﷺ ”.
Maka orang Arab badwi tadi pun meluru ke arah Rasulillah ﷺ, sambil menolak-nolak manusia disekelilingnya lalu berkata,
“Demi tuhan Laata dan ‘Uzza(berhala arab jahiliyyah)! tidak ada orang yang dilahirkan oleh wanita lebih aku benci dan murkai daripadamu. Sekiranya bukan kerana kaumku memanggilku dengan tergesa-gesa, nescaya aku telah datang dan membunuhmu. Maka aku akan membahagiakan kepada orang berkulit hitam, merah, putih dan lain-lainnya”.
Mendengar ucapan Arab badwi yang mencela Baginda ﷺ, lalu ianya dilihat Sayyidina Umar, dan membuatkan Sayyidina Umar marah lalu berkata Sayyidina Umar,
“Wahai Rasulullah! Biarkan sahaja aku untuk bangun dan membunuhnya”.
Baginda ﷺ pun bersabda, “Wahai Umar! Apakah engkau mengetahui bahawa berlemah-lembut itu adalah hampir sahaja menjadikan seseorang itu Nabi?”.
Baginda ﷺ pun menerima kedatangan Arab badwi yang tidak beradab itu lalu bertanya,
“Apakah yang membuatkan kamu berkata bahawa apa yang telah aku bawakan adalah bukanlah yang haq? Kamu juga tidak memuliakan aku di dalam majlisku”.
Arab badwi itu pun berkata dengan angkuh tanpa menghiraukan ucapan Baginda, “Kamu harus bercakap kepadaku juga!”. “Demi tuhan Laata dan ‘Uzza! Tidak akan aku beriman kepadamu melainkan setelah biawak ini beriman kepadamu”.
Maka si Badwi pun mengeluarkan biawak padang pasir tersebut dari sisipan lengannya dan melontarkannya ke hadapan Rasulillah ﷺ .
Baginda ﷺ pun memanggil biawak tersebut.
Biawak tersebut pun menjawab seruan Baginda ﷺ dengan bahasa Arab yang Fasih yang didengari oleh kesemua kaum disitu, “Aku menyahut seruanmu dan membantumu wahai perhiasan yang menghubungkan hari kiamat”.
Baginda ﷺ pun bertanya, “Kepada siapakah kamu sembah?”.
Jawab biawak tersebut, “Aku menyembah Tuhan yang mana di langit itu ‘ArasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, di lautan itulah jalanNya, di Syurga itu rahmatNya, dan di Neraka itu seksaanNya”.
Baginda ﷺ pun bertanya lagi, “Dan siapakah aku?”.
Jawab biawak tersebut, “Engkau adalah pesuruh Tuhan sekalian ‘alam, dan penyudah bagi sekalian Nabi, dan sesungguhnya berbahagialah orang yang membenarkanmu dan rugilah sesiapa yang menolakmu”.
Mendengar jawapan biawak tersebut, orang Arab badwi tersebut pun berkata, “Demi Allah! Sesunguhnya aku telah datang kepadamu tadi dengan perasaan yang penuh kemarahan, dan sekarang kamulah orang yang paling aku cintai lebih daripada ibu bapaku, dan lebih daripada harta bendaku dan diriku. Bahkan aku mencintaimu dari dalam dan luar jiwaku, dan dari hatiku hinggalah zahirku”.
Setelah itu, beliaupun melafazkan keIslamannya di hadapan Baginda ﷺ
“Tiada tuhan (yang wajib disembah) melainkan Allah, dan sesungguhnya engkau adalah pesuruh Allah”
Lihatlah betapa tingginya kemuliaan Baginda ﷺ , sehinggakan haiwan yang tidak berakal bahkan tidak mampu bersuara, dimuliakan Allah ﷻ dengan kebolehan haiwan tersebut berkata-kata dan mengakui keRasulan Baginda ﷺ .
Amatlah rugi bagi sesiapa yang mendustai ketinggian darjat Baginda ﷺ yang mengatasi segala makhluq, amatlah rugi bagi sesiapa yang terhijab daripada memandang kesempurnaan Baginda ﷺ ..
Yuk Perbanyakkan Selawat ke Atas Nabi Agung Sayyidina Muhammad ﷺ .. ❤️
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Friday, February 19, 2016
Wednesday, April 9, 2014
BAGAIMANA RASULULLAH DIGELAR KEKASIH ALLAH
| Kerinduan bertemu dengan Rasulullah |
Firman ALLAH:
maksudnya : "Kamu kekasihku wahai Muhammad sallallahu a'laihi wasallam."
Apabila tiba masa untuk Nabi Ibrahim dipanggil pulang untuk bertemu dengan ALLAH, Jibril bertemu Nabi Ibrahim dengan menyatakan :
"Wahai Ibrahim, sebelum kamu meninggalkan alam yang fana' ini, kamu akan berada di alam akhirat, apakah sesuatu yang kamu inginkan supaya kamu dikenali oleh anak-pinak kamu dan insan seluruhnya?"
Lantas Nabi Ibrahim menjawab, " Sekiranya diberi pilihan, aku mahu dikenali sebagai Khalilullah ( sahabat yang paling rapat dengan ALLAH)."
ALLAH memperkenankan permintaan Nabi Ibrahim sehingga hari in Nabi Ibrahim disebut sebagai Ibrahim Khalilullah.
Apabila Nabi Musa hendak dipanggil menghadap ALLAH, Jibril datang menemui baginda dan berkata, "Ibrahim sebelummu telah meminta kepada ALLAH dan ALLAH telah memberi gelaran Khalilullah kepadanya dan kamu wahai Musa, apa yang kamu mahu?"
Kata Nabi Musa, "Aku mahu dikenali sebagai kalimullah."
Firman ALLAH, maksudnya :
dan ALLAH telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)" : surah An-Nisa':164
Begitu juga sebelum Nabi Isa diangkat ke langit, baginda diajukan persoalan yang sama. Berkata Nabi Isa : "Kejadian aku khusus tanpa bapa; yang lain semua lahir dengan bapa kecuali Adam yang tidak beribu dan tidak berbapa."
Firman ALLAH, maksudnya :
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh daripada (ciptaan)-Ku".
( surah Al-Hijr :29)
Maka kata Nabi Isa : "Aku mahu dikenali sebagai ruhullah." Permintaan itu diperkenankan oleh ALLAH.
Apabila tiba waktu insan yang kita cintai, Muhammad bin Abdullah dibawa untuk menghadap ALLAH, soalan yang sama juga diajukan kepada baginda sallallahu a'laihi wasallam : "Aku lahir sebagai anak yatim, hidupku dalam kemiskinan. Aku mahu dikenali sebagai yatim dan fakir."
Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam memilih nama itu pada saat orang Arab tidak suka dengan gelaran seperti itu. Menyebut perkataan yatim, seakan-akan hina pada pandangan masyarakat Arab ketika itu.
Lantas ALLAH berfirman di dalam hadis qudsi :
"Andai itu yang kamu minta wahai Muhammad, ketahuilah manusia akan mengenali kamu dengan permintaanmu itu tetapi Aku mahu kamu dikenali sebagai kekasih-Ku."
Gelaran 'kekasih-Ku' tidak diilhamkan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya tetapi hanya khusus untuk Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam. Begitu juga dengan nama 'Muhammad'. Sejak daripada Nabi Adam dan keturunannya, tiada siapa diberi nama Muhammad kecuali Nabi kita Muhammad sallallahu a'laihi wasallam.
Suatu hari Abdul Mutallib bermimpi, dalam mimpinya, beliau melihat langit terbelah dan keluarlah dari celahan belahan itu rantaian biji permata yang disusun menjadi satu tali yang panjang.
Tali yang panjang itu turun dari langit merentasi langit bumi, mendekati dirinya dan mencecah ke tulang belakangnya. Kemudian rantaian batu permata yang indah itu ditarik semula ke atas hingga hilang daripada pandangan.
Abdul Mutallaib memahami maksud mimpi itu bahawa daripada benihnyalah akan lahir seorang nabi daripada keturunannya yang akan menyambung antara seorang nabi dengan seorang nabi yang lain sehingga sampai ke hadrat ALLAH.
Akhirnya lahirlah Muhammad sallallahu a'laihi wasallam, anak yatim dan faqir yang dipilih ALLAH sebagai habibullah atau kekasih-Nya.
ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD 1000x
rujuk : Mahabbatur Rasul
Monday, October 28, 2013
MUSAFIR GAYA NABI
Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
Rasulullah juga ada menyebut (dlm satu hadis panjang), makna nya "Orang yang akan sampai ajalnya, akan sangat teringin untuk ke tempat di mana dia akan menemui ajalnya itu" . Maka, peringatan Rasulullah itu, ambillah iktibar sebaiknya ye.
Aku pernah jugak ikut sahabat aku bermusafir ke suatu tmpat yg sangat jauh di Malaysia ni.. sepanjang perjalanan tu, tiap2 kali naik kereta mesti pasang cd qasidah yang sama berulang-ulang.. lagu ada dalam 5-6 je, tapi tak rasa boring pun bila dengar benda yang sama tu.. kira ada berkat jugak la tu.. nak ceritanya kat sini, time dalam perjalanan yg panjang tu kalau boleh pasang la zikir2 ke, selawat2 ke.. nak tunggu hari biasa mungkin payah la sikit, terisi la jugak masa tu dengan benda yang berpekdah dan mendatangkan pahala.. baik la daripada pasang lagu yang ntah pape..
Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
- Beliau suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat
- Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih
- Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak
- Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan.
- Banyakkan zikir & istighfar & nyanyian ingati Allah semasa dalam perjalanan
- Menyebut "Allahu Akbar" jika kenderaan MENAIKI perbukitan
- Banyak bertasbih sewaktu kenderaan MENURUNI perbukitan
- Membeli hadiah/buah tangan utk mereka yg di destinasi (keluarga)
- Sujud syukur sewaktu tiba di destinasi
Rasulullah juga ada menyebut (dlm satu hadis panjang), makna nya "Orang yang akan sampai ajalnya, akan sangat teringin untuk ke tempat di mana dia akan menemui ajalnya itu" . Maka, peringatan Rasulullah itu, ambillah iktibar sebaiknya ye.
Aku pernah jugak ikut sahabat aku bermusafir ke suatu tmpat yg sangat jauh di Malaysia ni.. sepanjang perjalanan tu, tiap2 kali naik kereta mesti pasang cd qasidah yang sama berulang-ulang.. lagu ada dalam 5-6 je, tapi tak rasa boring pun bila dengar benda yang sama tu.. kira ada berkat jugak la tu.. nak ceritanya kat sini, time dalam perjalanan yg panjang tu kalau boleh pasang la zikir2 ke, selawat2 ke.. nak tunggu hari biasa mungkin payah la sikit, terisi la jugak masa tu dengan benda yang berpekdah dan mendatangkan pahala.. baik la daripada pasang lagu yang ntah pape..
Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
Rasulullah suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat. “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Riwayat Bukhari)
- Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih. “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Riwayat Bukhari)
- Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak. Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
- Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
- Mula pergerakan waktu malam. “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)
Monday, October 21, 2013
AKHLAK RASULULLAH

- Dalam membuat sesuatu keputusan, Rasulullah biasanya mengambil jalan yang paling mudah sekali. Baginda tidak suka memilih sesuatu yang susah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “Adapun Rasulullah s.a.w. apabila diberi pilihan antara dua perkara, baginda memilih yang lebih mudah selagi tidak melakukan dosa.” (Riwayat Bukhari)
- Suka yang disebelah kanan. Aisyah r.a. menceritakan yang maksudnya :“Rasulullah suka mempergunakan tangan sebelah kanan dan memperdahulukan yang sebelah kanan seboleh mungkin dalam urusan menyikat rambut,meminyakinya, begitu juga ketika memakai sepatu dan membersihkan badan.”
- Tidak mencela makanan dan minuman dan tidak memujinya berlebihan.
- Tidak menaruh benci keduniaan.
- Sentiasa berlemah lembut dan berlapang dada.
- Melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh.
- Tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia.
- Memakai pakaian yang biasa dan sukakan wangi-wangian bahkan jasadnya mengeluarkan wangian semulajadi.
- Memakan makanan yang biasa dimakan oleh orang kebanyakan. Makanan yang digemarinya ialah susu dan madu. Tidak gelojoh dan minum dengan tiga kali teguk.
- Tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh nafsu makan.
- Rasulullah tidur dengan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipinya didalam keadaan berbaring sambil berkata Tuhanku, lindungilah aku dari azabmu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu.
- Rasulullah seorang suami mithali, juga ayah dan datuk mithali. Menyayangi anaknya dan tidak pernah memarahi khadamnya.
- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.
- Beliau berjalan dengan cergas dan bukan lemah gemalai.
Sunday, June 9, 2013
BAGAIMANA MENCINTAI RASULULLAH
Assalammualaikum wa rahmatullah
Tazkeerah untuk diri saya dan sahabat pembaca semua - andai benar kita mencintai Baginda saw, lakukanlah bukti kecintaan ini, terapkan pada diri, pada famili dan insan lain agar semua merasai nikmat punya Islam, ALLAH dan Rasul.
{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.}
[Surah Aali Imran: 31].
_____________________
Bukti dan Tanda Cinta Terhadap
Rasulullah SAW
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullahsaw.
Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.
“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]
Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.
Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:
1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang yang mengikuti Rasulullah saw secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.
Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:
{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].
Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:
{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].
Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.
2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.
3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].
4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.
Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.
Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.
Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.
5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:
{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].
Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda saw sahaja.
6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.
Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:
“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].
7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nyadan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah saw:
“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].
Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.
8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullahmenyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:
كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
“Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].
Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].
9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:
a. Ahlul-baitnya (keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].
Ulama’ lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.”
Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].
b. Para isteri Baginda saw.
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:
] يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ [
{Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].
Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:
] وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ [
{Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.} [Surah Al-Ahzaab: 6].
Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.
c. Para sahabat Baginda saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:
{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].
Firman Allah swt juga:
{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].
Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].
Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Rasulullah saw bersabda:
“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]
9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:
{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.
Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.
Wednesday, January 23, 2013
KASIH RASULULLAH BUAT UMAT
Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata:
Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik,
aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya:
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?
Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.
Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda:
(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).
Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik,
aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya:
Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?
Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.
Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda:
Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.
(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).
Begitu dalam cintanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada kita. Apakah tindakan kita?
Sanggupkah kita membiarkan cinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم 'bertepuk sebelah tangan'?
Perbanyakkanlah Solawat pada Rasulullah
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Tuesday, January 22, 2013
40 TAHUN BERBUAT DOSA
Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahwa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: "Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!"
Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahwa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.
Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah:
"Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, hewan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.
Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi yaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman."
Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: "Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya."
Nabi Musa kembali berkata: "Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?" Allah berfirman: "Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!."
Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: "Wahai seorang hamba yang durhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, karena kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!"
Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang durhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahwa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: "Jika aku keluar dari rombongan ini, niscaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT."
Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah durhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini."
Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan ditumpahkan dari atas langit.
Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: "Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?"
Allah berfirman: "Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu."
Nabi Musa berkata: "Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?"
Allah berfirman: "Wahai Musa, dulu ketika dia durhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?"
Subscribe to:
Posts (Atom)
