Friday, June 8, 2012

7 YANG DILINDUNGI ALLAH



"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

1: Pemimpin yang adil;

2: Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;

3: seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;

4: 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;

5: lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan 
Aku Takutkan Allah;

6: seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;

7:dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

(Riwayat Muslim)


Okey, mari kita hurai sikit..

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim , zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain. 

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan sebagainya.


Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.


Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.


Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)


Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.


Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.


Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA.


Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan:

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. 



sumber : islammylife

Sunday, June 3, 2012

KISAH NABI MUHAMMAD DAN YAHUDI BUTA

Assalamualaikum..
pagi Ahad yang bagus ini suka untuk saya berkongsi satu kisah, kisah kekasih agung Rasulullah s.a.w yang begitu menyentuh perasaan. sungguh terasa sebak mengenangkan akhlak mulia baginda. semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.


Rasulullah SAW setiap hari akan pergi ke rumah seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat untuk menyuapkan makanan kepada Yahudi ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana baginda tidak memperkenalkan dirinya sebagai Rasulullah SAW, Yahudi ini tidak mengetahui akan baginda. Setiap hari apabila Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini, pasti Yahudi ini akan berkata " Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..

Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa setiap kali Yahudi ini berkata begitu dan baginda tetap mengunjungi Yahudi ini setiap hari walaupun dicerca dan dihina secara berhadapan oleh Yahudi ini..( cuba bayangkan kalau diri kita ini dihina secara berhadapan..sudah pasti kemarahan kita membuak-buak kan)

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As- Siddiq R.A pun dilantik menjadi khalifah. Oleh kerana Saidina Abu Bakar R.A ini adalah anak didik Rasulullah SAW, cara pemerintahannya juga mengikut model Rasulullah SAW. Semua perkara yang dianjurkan oleh baginda SAW pasti Saidina Abu Bakar R.A mengikutnya. Suatu hari, Saidina Abu Bakar bertemu Saiditina Aisyah R.A isteri Rasulullah SAW. Beliau bertanya kepada Saiditina Aisyah R.A 



" Wahai Aisyah R.A, adakah lagi perkara yang baginda SAW berbuat tetapi aku tidak melakukannya lagi. Sungguh kau pasti lebih mengetahui apa yang Kekasih Allah SWT ini lakukan??
Saiditina Aisyah R.A pun menjawab



 " Ada lagi satu, wahai Abu Bakar R.A.. Baginda setiap hari akan menyuapkan makanan kepada seorang Yahudi yang tua, buta dan cacat di hujung negeri ini. Pergilah mencarinya dan buatlah apa yang Rasulullah SAW berbuat". 


Maka, Abu Bakar R.A pun mencari Yahudi itu dan beliau menemuinya. Seperti biasa, beliau pun menyuapkan makanan kepada Yahudi ini sambil Yahudi ini pasti akan berkata 


" Kau jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai"..

Lama- kelamaan Yahudi ini perasan dan tersedar. Yahudi ini bertanya 



Kau bukan lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepada ku. Abu Bakar R.A menjawab " Akulah lelaki itu, wahai sdra. Akulah lelaki yang selama ini menyuapkan makanan kepada kamu. 


Yahudi itu menjawab " Tidak, kau berbohong. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadaku itu akan hanya menyuapkan makanan setelah aku menelan kunyahan aku. Kau tidak, aku belum telan kunyahan lagi tetapi kau telah sumbatkan aku dengan makanan lain. Cara kau berbeza.. Dimana lelaki itu???
Dengan perasaan sebak Abu Bakar R.A menjawab " Lelaki itu telah tiada di dunia ini., wahai sdra. Lelaki yang kau kata " jangan ikut ajaran Muhammad Bin Abdullah itu, dia seorang penipu dan kata-katanya tidak boleh langsung dipercayai" sebenarnya adalah Rasulullah SAW dan lelaki inilah yang menyuapkan sdra dengan makanan setiap hari..
Yahudi itu terkejut serta sukar untuk mempercayainya. Lalu Yahudi ini pun menangis sambil berkata

 " Sungguh mulia hati lelaki ini, walau aku mengutuknya setiap hari dia tetap datang untuk memberi makanan kepada aku yang tua buta ini".

Friday, May 11, 2012

SAMA-SAMA MERINDUI NABI

Kesan efek daripada buku Biografi Agung Nabi Muhammad dan juga peringatan-peringatan daripada Syeikh Rohimuddin telah memberikan impak yang besar dalam hidup aku.

Hampir setiap hari post-post di Facebook adalah mengenai kecintaanku terhadap baginda Muhammad s.a.w, dan niatku bukan untuk bermegah, berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi ia adalah kecintaan dan kerinduan sebenarku.

Oleh kerana itu aku amat tidak bersetuju sekiranya ada suara-suara yang mengatakan, " kalau ye pun cinta Nabi, tak payah la nak kecoh2 kat Fb.." itu hanyalah contoh ayat sahaja, namun aku percaya, tidak sedikit yang mungkin beranggapan demikian.

Bagiku, cinta itu membahagiakan dan orang yang bahagia pasti ingin menyebarkan rasa bahagianya kepada orang lain.
seperti orang normal yang cintakan kekasihnya ( boyfriend, girlfriend, suami isteri ), pasti dia suka agar orang lain menghargai kekasihnya, mengenali kekasihnya. Demikian jugalah halnya dengan diriku, kecintaanku yang membuak-buak terhadap Nabi tidak dapat menghalang diriku daripada meluahkan perasaanku terhadapnya secara umum. Niatku ingin mengajak agar orang lain juga merasai apa yang aku rasai.

Itulah perbezaannya cinta diantara kekasih biasa dan juga Nabi Muhammad.
sekiranya ada orang lain yang mencintai dan merindui kekasih kita, pasti kita akan berasa cemburu, marah.. namun sekiranya setiap daripada kita mencintai Nabi Muhammad ( dengan menegakkan Islam dan mengamalkan sunnahnya) , perasaan mahabbah dalam kalangan umat pasti akan bercambah dan melahirkan institusi kemasyarakatan yang harmonis.

Aku umpama seorang 'promoter', yang mempamerkan kehebatan baginda Rasul melalui kecintaanku terhadapnya, agar orang lain turut merasainya. Aku ingin tunjukkan kepada orang ramai bahawa baginda adalah manusia yang selayaknya untuk dicintai.

Bercakap soal rindu, aku tidak main-main. hatiku pasti bergelora mendengar kisah keperibadiaannya, terlalu sempurna. Maka aku hampir setiap malam solat hajat memohon kepada Tuhan agar dipertemukan aku dengan baginda. Bagi aku, orang-orang yang penuh dosa kotor lagi hina ini mungkin bertatap wajah dengan baginda di dalam mimpi teramatlah jauh walaupun pada hakikatnya kuasa Allah itu mengatasi segalanya, namun aku sangat sangat sangat berharap semoga di Akhirat kelak aku adalah insan terpilih yang mendapat syafaat baginda, bersama-sama baginda memasuki syurga nan indah lagi kekal abadi. ALLAH ALLAH ALLAH, MAKBULKAN PERMINTAANKU..

Terkadang timbul juga perasaan di hati, adakah layak untuk aku menggelarkan diri sendiri sebagai seorang pencinta Nabi, sedangkan gaya kehidupan seharian adalah seorang pendosa yang setia. Umpama orang yang terdesak mahukan segelas air di masa kehausan dalam suasana panas terik, aku mula menjinakkan diri dengan kitab Hadith 40 Terjemahan dan Syarahnya.
Terlalu inginkan menemui baginda sehingga aku mengambil keputusan untuk menghafaz keseluruhan 42 hadis yang terdapat di dalam kitab tersebut, insyaAllah. Dan Alhamdulillah beberapa buah hadis telah berjaya dihafal beserta dengan maksudnya.

Tidak dinafikan menghafal hadis lebih sukar berbanding dengan menghafal al-Quran, apatah lagi suasana sosial di IPG tidak dapat tidak, pasti aku akan didatangi tetamu setiap kali aku sedang menghafaz hadis. Namun aku menganggap hal tersebut sebagai cabaran yang perlu dihadapi. Apatah lagi menurut  Imam Hassan al-Banna, salah satu kewajipan seorang Muslim adalah menghafal 40 hadis.

Seperti yang diterangkan di atas tadi, niat aku bukan mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini bagus, tidak sama sekali, tetapi sebenarnya aku ingin menyebarkan rasa kecintaan dan kerinduan kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Oleh hal yang demikian, aku mengajak sahabat-sahabat untuk kembali menegakkan syariat Islam, hidupkan kembali kerajaan Islam, bermula dengan kita mengamalkan sunnah kehidupan baginda Rasulullah s.a.w.

Syeikh Rohimuddin menegaskan, "syarat cintakan Allah adalah dengan mencintai Muhammad s.a.w.

wallahua'lam..

( penulis adalah insan hina bernama Ariff Al-Baqi bin Mohd Iskandar, pelajar IPG Kampus Pulau Pinang, bukan pelajar ambilan Pengajian Agama. sebarang pembetulan atau penambahbaikan mengenai tulisan dan perkongsian ini adalah amat dialukan kerana saya seorang faqir yang rendah diri berkongsi ilmu sekadar yang termampu. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya, dan memberkati kehidupan anda, insyaAllah ) 

Wednesday, April 18, 2012

9 JENIS PEDANG NABI MUHAMMAD

9 BENTUK PEDANG PUSAKA NABI MUHAMMAD SAW.

1. Al Ma’thur
Pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahanda beliau, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’

2. Al Adb
Al-’Adb, nama pedang ini, berarti ‘memotong’ atau ‘tajam.’ Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sesaat sebelum Perang Badar. Baginda menggunakan pedang ini di Perang Uhud dan pengikut-pengikutnnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.

3. Dhu Al Faqar
Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan pada waktu perang Badar. Dan dilaporkan bahwa Nabi Muhammad SAW memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Thalib, yang kemudian Ali mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah dari tangan dan bahunya, dengan membawa Dhu Al Faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan bahwa pedang ini milik Ali Bin Abi Thalib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.

4. Al Battar
Gambar ukiran nama-nama para nabi di dalamnya :

Gambar Nabi Daud AS memenggal kepala Goliath:


Battar adalah sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai ‘Pedangnya para nabi‘, dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Di dalamnya juga terdapat gambar Nabi Daud AS ketika memotong kepala dari Goliath, orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.


Di pedang ini juga terdapat tulisan yang diidentifikasi sebagai tulisan Nabataean. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 101 cm. Diceritakan bahwa ini adalah pedang yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika beliau turun ke bumi kembali untuk mengalahkan Dajjal.

5. Hatf
Sebuah pedang Nabi Muhammad SAW sebagai hasil rampasan dari Banu Qaynaqa. Dikisahkan bahwa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika beliau mengalahkan Goliath tersebut pada saat umurnya 20 tahun. Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud AS untuk ‘bekerja’ dengan besi, membuat baju besi, senjata dan alat perang, dan beliau juga membuat senjatanya sendiri.
Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu. Baginda menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Musemum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade, dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.

6. Al Mikhdam

Di katakan pedang ini berasal dari Nabi Muhammad SAW yang kemudian diberikan kepada Ali bin Abi Thalib dan diteruskan ke anak-anaknya Ali. Tapi ada kabar lain bahwa pedang ini berasal dari Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan pada serangan yang beliau pimpin di Syria. Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 97 cm, dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

7. Al Rasub
Pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 140 cm, mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Ja’far al-Sadiq’.
Pedang Rasullulah S.A.W (al-rasub) ada imej naga, singa dan burung

8. Al Qadib:
Al-Qadib berbentuk blade tipis sehingga boleh dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika berperang , tetapi tidak digunakan untuk peperangan. Ditulis di samping pedang berupa ukiran perak yang berbunyi syahadat: “Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.” Tidak ada indikasi dalam sumber sejarah bahwa pedang ini telah digunakan dalam peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh khalifah Fatimid.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang dicelup.

9. Qal’a:
Pedang ini dikenali “Qal’i” atau “Qul’ay”. Nama yang mungkin berhubungan dengan tempat di Syria atau tempat berdekatan India Cina. Ulama negara lain berkata “qal’i” merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang di tambang berbagai lokasi. Pedang ini salah satu dari tiga pedang Nabi Muhammad SAW yang diperoleh sebagai rampasan dari Bani Qaynaqa. Ada yang melaporkan bahwa Datok Nabi Muhammad SAW menemukan pedang ini ketika beliau menemukan air Zamzam di Mekah.

Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 100 cm. Didalamnya terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah.” Pedang ini berbeza dari yang lain kerana pedang ini mempunyai rekabentuk gelombang.