Monday, December 3, 2012

3 PESANAN IBLIS


Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata:"Engkau yang dipilih oleh Allah rasulNya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima." Nabi Musa a.s merasa gembira lalu ia berwuduk dan sembahyang kemudian ia berdoa: "Ya Tuhan, Iblis adalah makhlukMu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya." Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa:"Ya Musa, dia tidak akan bertaubat."Jawab Musa:" Ya Tuhan, dia mahu bertaubat." Maka turun wahyu kepada Musa, :"Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya."


Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: "Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?" Lalu iblis berkata: "Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:


  1. Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  2. Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.
  3. Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Thursday, October 4, 2012

MENCARI DAMAI

Assalamualaikum wbt..

semenjak BIG ( Bina Insan Guru ) hari tu, sampai la ke sekarang ni memang banyak betul urusannya.
Kalau badan ni boleh dibahagi jadi banyak, macam Naruto biasa buat tu, nak je suruh buat semua kerja.

Dan bila kita tengok, manusia itu biasanya teruji dengan ni'mat masa. Ada banyak masa tapi tak digunakan sebaiknya, jadinya kerja bertangguh-tangguh.. aku la tu..

Dalam kesibukan melakukan pelbagai jenis tugasan ni, rehat pun memang tak cukuplah. Tekanan pun satu hal lagi..


Melukis ni keje aku time bebudak dulu, tapi satu cara nak hilangkan sedikit, ya sedikit rasa tekanan di jiwa tu adalah dengan melukis, biar tak lawa pun.. haha.. 

Semalam juga mendengar tazkirah daripada sahabat yang aku muliakan, ustaz Syahir Rosmi, Rasulullah itu mengetahui bilamana kita sedang dalam keadaan tertekan, jadi hendaklah kita perbanyakkan selawat kepada  Habibullah yang mulia. Nampak , walaupun Rasulullah telah tiada, namun Habibullah tetap peduli akan umatnya. 

Untuk pengetahuan sahabat semua, amalan kita akan dibentangkan kepada Rasulullah, bila baik maka Rasulullah akan gembira, bila tak baik, maka Rasulullah akan mohonkan keampunan untuk kita.. 

kesimpulannya, walau stress mana pun, jadikan kerinduan terhadap Habibullah sebagai penawar luka di hati.. haha, Rasulullah akan kenal kita apabila nama kita kerap sampai kepadanya dengan berselawat.. dan semoga kita semua mendapat syafaatnya kelak, insyaAllah..

Semoga Allah hindarkan kami daripada azab api neraka.

wallahua'lam..

Thursday, September 20, 2012

CIRI-CIRI AKHLAK MUSLIM


Seorang muslim yang benar2 muslim adalah muslim yang mana akhlaknya sentiasa terjaga. Dia tahu membezakan yang mana baik yang mana buruk, sentiasa amal maaruf nahi mungkar. Sekiranya pernah melakukan sesuatu yang jelak disisi Allah, dia berusaha berubah ke arah kebaikan dan berusaha menjaga akhlaknya..Mari kita renungi sedikit ciri-ciri akhlak islam yang perlu ada pada diri seorang Muslim.

  • Warak daripada syubhah.
  • Menjaga pandangan.
  • Memelihara lidah.
  • Malu.
  • Lemah lembut.
  • Benar dan jujur.
  • Tawaduk.
  • Menjauhi berburuk sangka, mengumpat, dan mencari keburukan orang lain.
  • Pemurah.
  • Qudwah hasanah (menunjukkan contoh yang baik).
Diharapkan dengan sedikit santapan rohani ini,kita dapat bermuhasabah diri dan berusaha untuk menjaga akhlak kita sebagai seorang muslim

Sunday, September 16, 2012

TUNJUKKAN EKSPRESSI ANDA

Baru-baru ni kecoh satu dunia mengenai filem yang sangat menghina umat Islam di mana video itu memaparkan mengenai Nabi Muhammad sebagai "kaki perempuan" dan Islam adalah agama keganasan.

Semestinya apa yang berlaku mengundang kemarahan jutaan umat Islam seluruh dunia di mana ramai di antara mereka melakukan demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika sehinggakan terjadinya kematiaan 4 orang kematiaan diplomat AS di Libya..

tahniah Dr. Mursi di atas keberaniaan anda.. PM kita bila lagi ?

begitulah marahnya umat Islam sedunia, dan saya juga tidak terkecuali dengan apa yang berlaku kini..


Layaknya dan wajibnya seorang muslim itu untuk berasa marah apabila kekasih mereka yang mulia dihina sedemikian rupa.. 

Kerana Itulah manusia pilihan Allah, bukannya dipilih melalui pilihan raya..

Jadi kita sebagai umat Islam kalau tak ada rasa apa-apa dalam hati tu, itu petanda yang teramat bahaya.. try check balik hati tu.. Sebelum ni baginda sanggup bermati-matian pertahankan umat, hari ni tiba masanya untuk kita pertahankan baginda.. ceritanya, sanggupkah anda ? Tiba masa untuk umat Islam bersatu menjatuhkan kezaliman atas muka bumi ini.. Allahuakbar!!!

Tapi...

I have no words to describe this, thank you for your understanding.. we really appreciate it...


Allahumma solli a'la Muhammad..
Allahumma solli a'la Muhammad..
Allahumma solli a'la Muhammad.... 



bangkitlah manusia... 
jangan hanya berpeluk tubuh apabila agama dan Nabi yang kita cintai dihina sebegitu rupa..



wallahua'lam..