Tuesday, December 15, 2015

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL


1. Cockateil umumnya salah satu daripada keluarga burung kakak tua yang paling lunak suaranya. Sebaik saja cockateil jinak, mereka biasanya akan kekal jinak walaupun mempunyai rakan cockateil yang lain.

2. Cockateil adalah burung yang bijak, bersosial dan pandai berkawan. Kalau didekati dengan cara yang lembut, bukan gaya ancaman, tak aggresif, cockateil boleh jadi kawan.
Cockateil akan curi perhatian orang dengan panjat sangkar, berbunyi, menyanyi, bukak kepak, lari sana sini dan kalau diabaikan, dia akan menjerit.

3.Jangka hayat cockateil antara 15- 20 tahun.

4. Cockateil boleh jadi penghibur yang baik bila mereka makan, mandi, menggaru-garu dan bermain permainan. Sesetengah cockateil boleh dilatih untuk belajar trick yang mudah.

5. Cockateil perlukan simulasi mental daripada penjaga ataupun persekitaran. Cockateil yang kebosanan atau yang tak gembira akan menggigit dan mencabut bulu mereka sendiri.  Burung yang berterusan dikurung akan kesepian dan tertekan. Jadi penting untuk sangkar cockateil disediakan pelbagai mainan untuk mereka.

6. Rasa ingin tahu cockateil tinggi. Dan mereka suka explore. Jadi mereka akan kunyah kertas, baju, kayu, getah,besi atau apa saja yang menarik perhatian diorang.

7. Menggigit adalah tabiat semulajadi mereka dan mereka perlu diperhatikan supaya tak menggigit benda yang boleh membunuh mereka.

8. Cockateil takutkan bunyi yang kuat dan bising atau pergerakan yang dirasakan mengancam. Burung yang ketakutan akan menjerit, menggigit, atau sembunyi. Cockateil juga takutkan malam sebab diorang akan jadi buta. Berikan sedikit cahaya supaya cockateil tak berasa gabra.

9. Cockateil boleh tertekan kalau persekitarannya selalu je bertukar. Burung yang tertekan boleh jatuh sakit.

10. Cockateil betina boleh bertelur walaupun tanpa jantan, tapi itu telur kosong dan ia mungkin boleh mengancam nyawanya juga.

FAKTA ASAS PRAIRIE DOG


1. Prairie Dog, atau panggilan lainnya ialah tupai tanah merupakan spesies yang berasal dari Amerika Utara. Bersesuaian dengan namanya sebagai tupai tanah, memang kerjanya mengorek tanah dan tinggal dalam tanah.

2. Di sana, Prairie dog dianggap sebagai satu 'kunci utama' kerana lubang-lubang yang mereka buat boleh menjadi habitat lebih daripada 150 spesies untuk melindungi diri daripada ancaman binatang lain.

3. Kebiasaannya, Prairie dog makan rumput, tumbuhan berbunga, akar dan benih, buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Dulu, Prairie dog pernah ditemui di seluruh Great Plains dari Selatan Kanada ke Utara Mexico. Tanah jajahan diorang pernah mencapai 40- 80000000 ekar dalam kawasan 400 juta ekar tanah tu. Hari ni, tanah koloni diorang cuma 1-2 juta ekar je. Diorang telah dihapuskan sepenuhnya dari Arizona, tapi baru-baru ni diperkenalkan semula dalam satu kawasan yang kecil.

4. Prairie dog hidup dalam rangkaian terowong yang kompleks. Lubang masuk juga boleh dijadikan satu tempat pemerhati tanda-tanda bahaya. Terowong yang diorang bina ada pengasingan bahagian untuk tidur, menjaga anak, menyimpan makanan dan membuang sisa pembaziran.

5. Prairie dog adalah haiwan yang sangat sosial. Bahkan hampir sangat jinak.

6. Prairie dog juga mempunyai sistem komunikasi yang kompleks, termasuklah penggunaan nada pelbagai kulit kayu yang menandakan jenis pemangsa. Nama Prairie dog diperoleh dari peneroka yang berfikir bahawa panggilan amaran berbunyi sama dengan anjing menyalak.

MENGENAI PENULIS





BIODATA PENULIS

Nama                    : Ariff Al-Baqi bin Mohd Iskandar

Negeri Kelahiran  : Selangor

Status                    : Berkahwin

Hobi                      : Membaca, memanah, berjalan, main haiwan peliharaan

Pekerjaan              : Guru di SK Seksyen 9 Kota Damansara
                               Novelis ALAF 21

Karya                    : 1) Novel KORBAN ( Terbitan ALAF 21 )
                               2) Daun Paku Ungu : Antologi Cerpen Sains fiksyen/ Fantasi : (Terbitan Adiwarna)

                           
PENDIDIKAN

1. Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat (1998- 2003)

2. Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat (1998-2003)

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok (2004- 2008)

4. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (2009-2014)


sudah memiliki seekor iguana, seekor prairie dog, dua ekor cockateil, seekor kura-kura brazil, 4 ekor budgie, 4 ekor finch strawberry bird, dua ekor itik serati, ikan dan kucing.. Insya-ALLAH berazam untuk menambah lagi koleksi haiwan peliharaan pada masa akan datang..

pelan-pelan ler kite bermule ye..

FAKTA ASAS IGUANA

Iguana ialah haiwan yang amat unik. Sebelum engkorang membuat keputusan untuk mendapatkan seekor iguana, engkorang perlu tahu seberapa banyak yang boleh tentang mereka : bagaimana menjaga? sikap iguana? dan hal yang lain supaya engkorang tak tersilap membuat pilihan selepas memeliharanya.


1. Iguana adalah herbivor- haiwan yang makan tumbuhan sahaja.Tak banyak cicak herbivor di dunia, tapi mereka ada beberapa ciri yang sama. Iaitu memerlukan haba yang banyak, dan mereka cepat membesar.
Menyediakan diet berasaskan tumbuhan berkhasiat boleh menjadi agak rumit jika engkorang tak dapat mencari sumber sayur dan buah-buahan yang diperlukan oleh iguana korang.

2. Iguana mencapai panjang antara 5 hingga 6 kaki dalam tempoh 3 ke 4 tahun. ( Mungkin menjadikan iguana lebih panjang daripada pemiliknya). Badan iguana sendiri mencapai 22- 24 inci panjang. Selebihnya panjang di ekor. Ekor merupakan bahagian yang penting untuk iguana sebagai thermoregulation, iaitu untuk mengawal suhu badan, keseimbangan dan pertahanan.
Jadi, antara kesilapan pemilik iguana ialah tidak menyediakan sangkar yang bersesuaian dengan saiz panjang iguana. Iguana yang panjangnya 6 kaki memerlukan sangkar yang sekurang-kurangnya 9 kaki panjang,
Iguana mungkin tidak seberat manusia, tapi boleh jadi sukar untuk mengangkatnya.Iguana ada kulit yang bersisik, 20 kuku yang tajam, 'berduri' seperti pisau di ekor, najis yang banyak jugak ooo. Dan tak lupa, iguana ada gigi kuat yang tajam.

3. Iguana adalah makhluk tropika. So, diorang perlukan suhu tropika sepanjang tahun. Pemilik iguana perlu menyediakan alat pemanas untuk iguana berjemur setiap hari sepanjang tahun. Alat pemanas seperti lampu UVB boleh didapati di kedai haiwan peliharaan eksotik, Banyak orang menyedari bil elektrik mungkin akan naik sebaik memiliki iguna di rumah masing-masing.

4. Iguana jarang boleh jinak. Engkorang perlu rajin dan sabar ketika menjalinkan kepercayaan antara diri korang dan iguana tu sendiri supaya iguana mempercayai korang sebagai ownernya. Ya, iguana boleh menjadi enjoy apabila korang membelai kepala, leher dan badannya. Boleh jadi, setahun atau lebih asalkan korang buat dengan betul!Yang penting sabar! Atau tidak, korang mungkin terpaksa berdepan dengan iguana yang garang. hahaha...

5. Semua reptilia ada risiko kesihatan kepada manusia. Ia boleh dihindari sekiranya pemilik tahu menjaga kebersihan reptilia dan penting untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memegang iguana untuk langkah pencegahan.

So, korang fikirkanlah sama ada iguana adalah haiwan peliharaan yang sesuai untuk korang sebab memelihara iguana perlukan komitmen dan kos yang tinggi. Ia bukan makhluk yang boleh kau sisihkan selepas kau berasa bosan memilikinya...