Sunday, December 20, 2015

CARA POTONG KUKU IGUANA

Gambar Google

Semalam, entahkan macam mana, pintu iguana aku boleh terbuka dan membolehkan iguana keluar daripada sangkarnya. Kejadian itu tak disedari sesiapa sehinggalah apabila iguana aku memanjat naik dan menerobos melalui tingkap ke luar rumah pula.

Maka berlakulah adegan yang mendebarkan. Mestilah woi, jenuh nak mengejarnya karang kalau dia lari masuk ke dalam semak ke apa. 

Tapi mujur masa nak tangkap tu, dia duduk diam je walaupun kaki dia macam nak gerak untuk melarikan diri. Hahaha. Walaubagaimana pun, aku tetap menerima bayarannya apabila berbirat bercalar balar tangan aku dek penangan cakaran kukunya yang tajam apabila
 dia meronta-ronta minta dibebaskan. 




cara potong kuku iguana


Mengapa kuku iguana perlu dipotong?
Kalau iguana disimpan sebagai haiwan peliharaan, adalah satu idea yang elok untuk trim kukunya. 
Sebab kebanyakan pemilik iguana tentu akan ada kesan-kesan cakaran pada tangannya. 
Apatah lagi kalau iguana itu bersaiz besar, ia boleh memberi kesan yang bahaya bukan saja kepada pemilik malah objek-objek yang mungkin berada di rumah. 
Kita tanak langsir terkoyak bila tiba-tiba je iguana terlepas dan panjat ke atasnya. Hahaha.
Bukan saja itu, kukunya yang tajam juga boleh menjadi bahaya kepada dirinya sendiri apabila tak sengaja mencederakan badannya atau tersangkut pada sesuatu, atau patah kukunya.
Ini contoh kuku iguana yang elok apabila dipotong,



Kelemahan apabila kuku iguana dipotong?
Mungkin baik untuk pemilik iguana, tetapi boleh menjadi sukar untuk iguana seperti memanjat dll.
Selaraskan sangkarnya supaya iguana tak bersusah payah mendaki dengan kuku yang tumpul.

Kekerapan memotong kuku iguana?
Biasanya kuku iguana cepat menumbuh sesuai dengan perkembangan pada badannya.
Dalam beberapa tahun yang pertama, pertumbuhan iguana memang sangat pantas dan mungkin kukunya perlu dipotong setiap dua atau tiga minggu sekali. 
Walaubagaimanapun, apabila iguana sudah sedikit matang atau dewasa, pembesarannya pun dah mulai perlahan. Dan kukunya boleh dipotong sebulan sekali saja.
Proses memotong kuku boleh menjadi stress kepada iguana mahupun pemiliknya kalau kedua-duanya tak biasa dengan tugasan ini.
Mungkin menjadi satu idea yang baik apabila kerap memotong kuku iguana supaya iguana terbiasa dengan habit baru ini. 

Alat memotong kuku iguana?
Apa-apa yang sesuai.
Gunting dan ketip kuku mungkin berguna.

Bersedia dengan pemotongan-
Idea aku sendiri, sediakan kain untuk membalut iguana kerana iguana pasti akan meronta-ronta untuk melarikan diri apabila hendak dipotong kukunya. Kalau iguana tak biasalah. 
Menutup mata iguana juga sangat membantu kerana iguana tak bergerak apabila tidak dapat melihat.
Korang juga mungkin perlukan seorang pembantu untuk memudahkan kerja ni. So takdelah korang terkial-kial je nanti.
Sediakan juga kapas sebagai langkah kecemasan sekiranya iguana tercedera dalam proses ini.

Momotong kuku-
Ini akan menjadi satu perkara yang stress bagi iguana sehinggalah sampai dia terbiasa dengan kerja ni.
Membungkus iguana dengan kain adalah satu cara yang baik untuk menenangkan iguana.
Biarkan satu kaki yang terkeluar untuk korang potong kuku dia. (Terutamanya iguana besar)
Tapi setiap iguana berbeza dengan iguana lain. Ntah-ntah lagi dibungkus, lagi bertambah stress dibuatnya binatang tu.
So, pemilik perlu memotongnya dengan cara yang dia dan iguananya selesa.
Memotong sedikit kukunya adalah cara yang terbaik dan paling selamat.

Buatlah mengikut keselesaan pemilik dan iguana engkorang supaya dua-dua tak rasa tertekan.
Kalau rasa tangan tu kebal, tak nak potong pun tak apa.. hahaha..

Wallahua'lam..

NOVEL- KITAB LAMA


Hebat.. 
Pada aku, bahasa yg digunakan dlm novel ini ialah bahasa Melayu tinggi dan ia tetap mudah difahami, seronok dihayati, terkesan dengan lenggok bahasanya yg indah.. novel ini berunsur sejarah.. diadun dengan genre thriller yg seronok utk dibaca.. penulis novel ini memang hebat.. alhamdulillah.. 

Tuesday, December 15, 2015

FAKTA ASAS KURA-KURA HIJAU


1. Kura-kura bertelinga merah secara semulajadi tinggal di kawasan yang tenang, sumber air yang segar dan hangat. (kolam, tasik, paya, anak sungai).
Kawasan ini biasanya tenang dengan kawasan untuk berjemur di bawah matahari dan berbatu-bata.

2. Secara geografinya, kura-kura ini berasal dari sekitar Sungai Mississippi (Mexico). Diorang kembang membiak di iklim yang panas terutamanya Amerika Tenggara. Perdagangan haiwan peliharaan telah mengembangkan diorang ni ke seluruh rangkaian dunia dan tak susah nak mencari kura-kura ni di mana-mana dunia.

3. Persekitaran aslinya mempunyai beberapa keperluan - antaranya sumber air tawar, kawasan berjemur, tumbuhan yang sesuai dan kawasan ke sarang.
Perlukan juga kayu atau batu untuk berjemur di atas permukaannya yang stabil dan kering.

4. Kura-kura yang kecil akan makan mangsa yang lebih kecil seperti ikan, siput dan serangga dan juga tumbuh-tumbuhan.

FAKTA ASAS BURUNG COCKATEIL


1. Cockateil umumnya salah satu daripada keluarga burung kakak tua yang paling lunak suaranya. Sebaik saja cockateil jinak, mereka biasanya akan kekal jinak walaupun mempunyai rakan cockateil yang lain.

2. Cockateil adalah burung yang bijak, bersosial dan pandai berkawan. Kalau didekati dengan cara yang lembut, bukan gaya ancaman, tak aggresif, cockateil boleh jadi kawan.
Cockateil akan curi perhatian orang dengan panjat sangkar, berbunyi, menyanyi, bukak kepak, lari sana sini dan kalau diabaikan, dia akan menjerit.

3.Jangka hayat cockateil antara 15- 20 tahun.

4. Cockateil boleh jadi penghibur yang baik bila mereka makan, mandi, menggaru-garu dan bermain permainan. Sesetengah cockateil boleh dilatih untuk belajar trick yang mudah.

5. Cockateil perlukan simulasi mental daripada penjaga ataupun persekitaran. Cockateil yang kebosanan atau yang tak gembira akan menggigit dan mencabut bulu mereka sendiri.  Burung yang berterusan dikurung akan kesepian dan tertekan. Jadi penting untuk sangkar cockateil disediakan pelbagai mainan untuk mereka.

6. Rasa ingin tahu cockateil tinggi. Dan mereka suka explore. Jadi mereka akan kunyah kertas, baju, kayu, getah,besi atau apa saja yang menarik perhatian diorang.

7. Menggigit adalah tabiat semulajadi mereka dan mereka perlu diperhatikan supaya tak menggigit benda yang boleh membunuh mereka.

8. Cockateil takutkan bunyi yang kuat dan bising atau pergerakan yang dirasakan mengancam. Burung yang ketakutan akan menjerit, menggigit, atau sembunyi. Cockateil juga takutkan malam sebab diorang akan jadi buta. Berikan sedikit cahaya supaya cockateil tak berasa gabra.

9. Cockateil boleh tertekan kalau persekitarannya selalu je bertukar. Burung yang tertekan boleh jatuh sakit.

10. Cockateil betina boleh bertelur walaupun tanpa jantan, tapi itu telur kosong dan ia mungkin boleh mengancam nyawanya juga.