Tuesday, June 26, 2012

SUSUNAN MAKMUM DALAM SOLAT BERJEMAAH



1. Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang makmum.

Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada seorang imam dan seorang makmum, maka disunatkan makmum berdiri di sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.


2. Apabila jemaah itu terdiri daripada dua orang makmum.

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam dan dua orang makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum merapatkan semula saf.

Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah berdiri di belakang imam kemudian yang pertama mundur kebelakang untuk menyamai saf.


3. Apabila jemaah terdiri daripada seorang imam, makmum kanak-kanak lelaki.

Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang dengan imam sedangkan kanak-kanak itu seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.


4. Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang imam, makmum lelaki dan makmum wanita.

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam, seorang makmum lelaki dan seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf lelaki.


5. Apabila jemaah terdiri daripada lelaki dewasa dan kanak-kanak.

Apabila makmum terdiri dari lelaki dewasa dan melebihi satu, maka di saf pertama hendaklah orang yang pandai-pandai, dan yang di saf kedua ialah orang yang kurang pandai. Manakala kanak-kanak hendaklah berdiri di belakang mereka.

Namun jika kanak-kanak itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka kanak-kanak perempuan hendaklah berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki


6. Apabila jemaah terdiri daripada lelaki dewasa, kanak-kanak, dan khunsa.

Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa mushkil maka hendaklah mereka berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanak-kanak perempuan.


7. Apabila jemaah terdiri daripada semua peringkat dan golongan.

Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum lelaki hendaklah berada di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki, kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-kanak perempuan, kemudian kaum perempuan.


8. Apabila jemaah terdiri daripada wanita sahaja.

Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri ditengah diantara jemaah wanita yang lain.

3 comments:

Anonymous said...

pembetulan :

Apabila solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum.

Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan’ani), Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in), “Seseorang yang menjadi ma’mum bagi seseorang yang lain, dimanakah ia (ma’mum) harus berdiri?” Jawab Atha’, “Di tepinya”. Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si Ma’mum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma’mum dan imam)?" Jawab Atha’: “Ya!” Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si ma’mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (ma’mum dan imam)? Jawab Atha’: “Ya”.

Demikian juga yang disebutkan di dalam al-Muwaththa’, 1/54. Dari Umar dari hadis Ibnu Mas’oud. “Sesungguhnya ia berada satu shaf bersama Umar, lalu merapatkan safnya hingga bahu Umar bersentuhan di sisi kanannya.” (Lihat: Subulus Salam, jilid 1, m/s. 651).”

Maka, kedudukan imam adalah di sebelah kiri makmum, dan makmum di sebelah kanan imam dalam keadaan satu barisan (satu saf) sebelah menyebelah.

semoga kita mempelajarinya dengan baik..

coach azilasra said...

Jika makmun terdiri dr kanak2 blum baligh seramai 3 org.adakah semua berada di sebelah kanan imam?

woceza said...

sekiranya jemaah terdiri daripada

lelaki dewasa
seorang kanak-kanak lelaki
seorang perempuan dewasa dan
seorang kanak-kanak perempuan?