Friday, July 27, 2012

YA HANANA

Y

Perasaan jatuh cinta dengan Nabi Muhammad s.a.w. membuatkan aku berasa sangat cukup dan seolah-olah aku tidak memerlukan segala macam kemewahan dunia ini.

Baru tahun ni, aku benar-benar merasai getarannya apabila disebutkan nama mulia itu, MUHAMMAD S.A.W.

walaupun sebelum-sebelum ini aku juga mengaku cintakan Nabi, tapi perasaannya setakat itu sahaja. Alhamdulillah, Allah mencampakkan ke dalam hati aku suatu perasaan kecintaan dan kerinduan yang membuak-buak terhadap baginda.. kenapa baru sekarang aku merasakan perasaan ini ?

Aku menunggu ni'mat terbesar daripada Allah supaya dipertemukan aku dengan baginda di dalam mimpi ketika masih hidup di dunia ini. Benar aku banyak dosa, benar aku manusia hina, tapi kerinduaan itu membuatkan aku teringin benar bertemu dengannya.semoga Allah menerima niat aku sebagai amalan yang ikhlas.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. adalah sumber ketenanganku. Dalam aku belajar dan mengimbau kembali sirah perjuangan baginda, semoga selawat dan ingatanku terhdap baginda terbalas dengan senyuman penuh kasih daripada baginda sendiri.. wallahua'lam..

ps : Alhamdulillah, akhirnya muncul keberanian untuk bercerita mengenai Rasulullah s.a.w. pada setiap petang sebelum berbuka puasa di surau al-falah IPG KPP.. Biar tak sempurna gaya penyampaianku, asalkan aku tahu, aku menyampaikan dengan penuh kecintaan terhadap baginda dan semoga kecintaan itu tersebar dengan lebih meluas lagi.. wallahua'lam..

1 comment:

NorFarahin@aien said...

qasidah mmg besssss
hu2
ya badratiiimmm
:D