Sunday, December 20, 2015

CARA POTONG KUKU IGUANA

Gambar Google

Semalam, entahkan macam mana, pintu iguana aku boleh terbuka dan membolehkan iguana keluar daripada sangkarnya. Kejadian itu tak disedari sesiapa sehinggalah apabila iguana aku memanjat naik dan menerobos melalui tingkap ke luar rumah pula.

Maka berlakulah adegan yang mendebarkan. Mestilah woi, jenuh nak mengejarnya karang kalau dia lari masuk ke dalam semak ke apa. 

Tapi mujur masa nak tangkap tu, dia duduk diam je walaupun kaki dia macam nak gerak untuk melarikan diri. Hahaha. Walaubagaimana pun, aku tetap menerima bayarannya apabila berbirat bercalar balar tangan aku dek penangan cakaran kukunya yang tajam apabila
 dia meronta-ronta minta dibebaskan. 




cara potong kuku iguana


Mengapa kuku iguana perlu dipotong?
Kalau iguana disimpan sebagai haiwan peliharaan, adalah satu idea yang elok untuk trim kukunya. 
Sebab kebanyakan pemilik iguana tentu akan ada kesan-kesan cakaran pada tangannya. 
Apatah lagi kalau iguana itu bersaiz besar, ia boleh memberi kesan yang bahaya bukan saja kepada pemilik malah objek-objek yang mungkin berada di rumah. 
Kita tanak langsir terkoyak bila tiba-tiba je iguana terlepas dan panjat ke atasnya. Hahaha.
Bukan saja itu, kukunya yang tajam juga boleh menjadi bahaya kepada dirinya sendiri apabila tak sengaja mencederakan badannya atau tersangkut pada sesuatu, atau patah kukunya.
Ini contoh kuku iguana yang elok apabila dipotong,



Kelemahan apabila kuku iguana dipotong?
Mungkin baik untuk pemilik iguana, tetapi boleh menjadi sukar untuk iguana seperti memanjat dll.
Selaraskan sangkarnya supaya iguana tak bersusah payah mendaki dengan kuku yang tumpul.

Kekerapan memotong kuku iguana?
Biasanya kuku iguana cepat menumbuh sesuai dengan perkembangan pada badannya.
Dalam beberapa tahun yang pertama, pertumbuhan iguana memang sangat pantas dan mungkin kukunya perlu dipotong setiap dua atau tiga minggu sekali. 
Walaubagaimanapun, apabila iguana sudah sedikit matang atau dewasa, pembesarannya pun dah mulai perlahan. Dan kukunya boleh dipotong sebulan sekali saja.
Proses memotong kuku boleh menjadi stress kepada iguana mahupun pemiliknya kalau kedua-duanya tak biasa dengan tugasan ini.
Mungkin menjadi satu idea yang baik apabila kerap memotong kuku iguana supaya iguana terbiasa dengan habit baru ini. 

Alat memotong kuku iguana?
Apa-apa yang sesuai.
Gunting dan ketip kuku mungkin berguna.

Bersedia dengan pemotongan-
Idea aku sendiri, sediakan kain untuk membalut iguana kerana iguana pasti akan meronta-ronta untuk melarikan diri apabila hendak dipotong kukunya. Kalau iguana tak biasalah. 
Menutup mata iguana juga sangat membantu kerana iguana tak bergerak apabila tidak dapat melihat.
Korang juga mungkin perlukan seorang pembantu untuk memudahkan kerja ni. So takdelah korang terkial-kial je nanti.
Sediakan juga kapas sebagai langkah kecemasan sekiranya iguana tercedera dalam proses ini.

Momotong kuku-
Ini akan menjadi satu perkara yang stress bagi iguana sehinggalah sampai dia terbiasa dengan kerja ni.
Membungkus iguana dengan kain adalah satu cara yang baik untuk menenangkan iguana.
Biarkan satu kaki yang terkeluar untuk korang potong kuku dia. (Terutamanya iguana besar)
Tapi setiap iguana berbeza dengan iguana lain. Ntah-ntah lagi dibungkus, lagi bertambah stress dibuatnya binatang tu.
So, pemilik perlu memotongnya dengan cara yang dia dan iguananya selesa.
Memotong sedikit kukunya adalah cara yang terbaik dan paling selamat.

Buatlah mengikut keselesaan pemilik dan iguana engkorang supaya dua-dua tak rasa tertekan.
Kalau rasa tangan tu kebal, tak nak potong pun tak apa.. hahaha..

Wallahua'lam..

No comments: