Sunday, January 24, 2016

KARYA SULUNG- NOVEL KORBAN



Cover Novel KORBAN


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH.

Impian menjadi seorang novelis dimakbulkan ALLAH.

Karya sulung saya yang pertama di bawah terbitan ALAF 21 bertajuk KORBAN dengan genre thriller dan diadun dengan fantasi dan sains fiksyen.

Sebenarnya, idea menulis novel ini sudah ada semenjak tahun 2005 lagi, cuma waktu itu ideanya tak dilepaskan dalam bentuk tulisan tapi lukisan. Apatah lagi waktu itu tiada komputer untuk membuat kerja-kerja penaipan.

Sampailah pada tahun 2013, cita-cita ini direalisasikan dan mengalami banyak proses pengubahsuaian setelah dirasakan jalan cerita asal tidak sesuai. Maka pada tahun 2014 jalan ceritanya diubah 99% walaupun manuskrip asal langsung tak dihantar kepada editor.

Pada tahun 2015 setelah siap manuskrip itu, ia telah dihantar kepada pihak penerbitan ALAF 21 untuk proses penilaian yang memakan masa selama berbulan-bulan. Akhirnya, editor ALAF 21 menghubungi saya dan memaklumkan bahawa karya ini telah diterima oleh penerbit. ALHAMDULILLAH.

Tajuk asal untuk manuskrip ini ialah SEMARAK KEZALIMAN- tetapi diubah menjadi KORBAN setelah disarankan oleh editor. Tak apa, janji terbit.. hahaha..

Kemudian karya ini melalui proses editing lagi untuk penerbitan pada bulan FEBRUARI 2016.


Sinopsis

Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri.

Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah. 

Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan.

Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. 

Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung! Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.

Apakah mungkin Inkrima itu ‘dijinakkan’ oleh Hairil? 
Atas nama cinta dan dendam, keduanya membawa kepada kemusnahan, 
antara Tuah dan Semarak Kezaliman, tetap yang menderita itu... dia!


Terkadang perasaan itu perlu untuk dikorbankan....

Nantikan kesudahannya dalam KORBAN :)

8 comments:

Anonymous said...

Novel ni ada part two ke nanti??sebab saya rasa banyak lagi yang belum dirungkaikan..

ariff said...

insyaAllah ada sambungannya.. :)

solehah sapie said...

Sye nk novel ke 2... Ending x abes lagi... Byk sgt persoalnnyeee

solehah sapie said...

Sye nk novel ke 2... Ending x abes lagi... Byk sgt persoalnnyeee

Unknown said...

Saya tunggu sambungan ceritanya..karna masih belum jelas ceritanya siapa yang menang..salam dari indonesia

Unknown said...

Kesian ny sy sbb baru je abes bca novel ni,, banyak sangat persoalan yg belum terjawab dlm novel ni, bila sambungan d lancarkan... Tak sabar nak meneroka lg... Huhu... Cepat2 la buat sambunganny... Hihihi..

Unknown said...

bila nak kelua novel korban yg kedua ni

Unknown said...

???